Bojan sedia diheret penalti




KOTA BHARU - Pertemuan separuh akhir kedua Piala FA antara Kelantan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini merupakan pertemuan hidup mati buat kedua-dua pasukan untuk layak ke pentas final.

Meskipun kelebihan tampak berpihak kepada skuad Kenari selepas berjaya menjaringkan gol pada aksi pertama di Kota Bharu tempoh hari, ia tidak memberikan tekanan buat skuad bimbingan pengendali kelahiran Croatia, Bojan Hodak.

Hodak memberitahu, beliau enggan memikirkan kelebihan yang dimiliki oleh pasukan lawan, sebaliknya mahu barisan pemainnya fokus pada pertemuan di padang lawan, hari ini.

Apa yang menggembirakan beliau, semua pemain cukup bersemangat untuk menghadapi pertemuan hari ini biarpun bakal beraksi di hadapan puluhan ribu peminat setia Hijau Kuning.

"Pertemuan esok sudah pasti sengit, ditambah pula dalam masa tujuh hari kami terpaksa bermain tiga perlawanan yang semuanya penting buat Kelantan.

"Harapan saya untuk perlawanan ini kami dapat tamatkan dalam waktu permainan sebenar dan cuba mengelak beraksi di masa tambahan.

"Sekiranya terpaksa saya sudah bersedia untuk menghadapinya termasuklah penentuan penalti.

"Saya telah bersedia untuk situasi ini dan lima pemain yang akan mengambil sepakan tersebut sudah dikenal pasti,"
katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada pertemuan separuh akhir pertama pada 21 April lalu di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Dalam pada itu, Hodak berkata, ketiadaan tonggak pertahanan Mohd. Daudsu Jamaluddin yang digantung selepas menerima kad merah pada pertemuan separuh akhir pertama lalu tidak menjejaskan persiapan pasukan.

Menurutnya, kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain yang berusia 27 tahun itu akan diisi oleh Farisham Ismail.

"Farisham akan mengambil alih tempat Daudsu. Tidak banyak perubahan yang bakal dilakukan.

"Kami akan memantapkan lagi bahagian tersebut dalam usaha untuk mengekang jentera serangan mereka dari menjaringkan gol.

"Saya jangkakan Kedah akan bermain secara bertahan dan melancarkan serangan yang balas pantas, untuk itu kita telah bersedia sepenuhnya,"
katanya.

Oleh YATIMIN ABDULLAH
Utusankelantan@utusan.com.my
~ Utusan Online




Share your views...

1 Respones to "Bojan sedia diheret penalti"

Anonymous said...

Kelantan juara Piala FA


May 23, 2012 at 5:01 AM

Post a Comment

 

Ping

My Ping in TotalPing.com

Blog Archive

© 2010 Story Hot All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info